Friday, 19 December 2014

Statistik oh Statistik

Assalamualaikum.. haii ouls..

Hihhihihi.. hari ni rajin pula rasanya nk update blog...

SSQL 1113 Statistic For Social Science.. dengar je nama subjek ni.. Pasti akan gerun (aku ni math anxiety).... Ok aku terang sikit pasal subjek ni.. Statistik nicknamenya, subjek statistik ni banyak jenis dalam yang ditawarkan oleh UUM ni. Tapi tidak semua students akan ambil statistik sains sosial ni.. Hanya students tertentu sahaja, but mostly students dari pelbagai kursus akan ambil subjek ni.. Subjek ini diambil sebab nanti subjek ini berkaitan dengan subjek Research Method dan juga diaplikasikan dalam thesis (penulisan ilmiah) nanti.. Fuhhhhh... bagi yang suka kan matematik pastikan kata kacang saja subjek ni..Tapi bagi aku yang lemah maths ni... Uishhh keras macam batu (susahnya) subjek ni.. Then ditakdirkan exam untuk paper ini 23/12/2014.. Apa lagi masing-masing pulun lahh nak faham setiap ulas yang ada dalam nota tu.. Bila dipikirkan2 nak belajar sensorang tu nampak macam tak jalan, kami pon hired lah cikgu sementara untuk ajar subjek ni sampai kami faham. Sepanjang aku belajar di sini (UUM) tak pernah aku study group bila exam, tapi paper ni membuatkan aku sedar yang best juga study group ni... Guys, if your read this entry, im begging. please pray for us moga dapat jawab soalan dengan baik... Cayoooooo.....



Before start our discussion

Yang tudung Jingga tu Cikgu Kami....


Thursday, 18 December 2014

Sahabat

Assalamualaikum..hi oulss...

Rasanya lama sudah aku tak menjengah ke laman ni. Walapun aku tahu blog ni tiada reader, tapi kat sini lah aku nak berkongsi tentang perjalanan hidup aku... Nak menceritakan pada orang tak sama perasaan nya dengan apa yang rasa di hati..
Yuhuuuuu.. finally .. today is my last class.. and now just need to prepare for final examination.. Amalan kebiasaan lepas habis kelas pasti akan ambil gambar sebagai kenang-kenangan.. Then ini hasilnya..hahahhaa...
Seronok sangat yang belakang bila sebut kelas tamat

berjubah hitam itu Lecturer....

Free style katanya..

Tak cukup ahli... 2 org lagi miss class



One day, all of us will get seperated from each other. We will miss our conversations of everything & nothing:the dreams that we had. Days will pass by, months, years, until this contact becomes rare.. One day our children will see our pictures and ask 'Who are these people?' and we will smile with invisible tears because a heart is touched with a strong word and you will say: "IT WAS THEM THAT I HAD THE BEST DAYS OF MY LIFE WITH."

Hasta La Vista

Saturday, 9 August 2014

Ateh Pon Sayangkan Wawa Jugak..

Assalamualaikum guys..

Uishhh lama dah xupdate blog ni kan (even tak ada siapa nak baca).. Rasanya belum terlambat lagikan nak wish Happy Eid Mubarak kepada readers semua. Maaf Zahir & Batin. Kita kosong-kosong ya.. Macam mana sambutan raya anda semua ?? pasti meriahkan kan. Aku pulak alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Sejujurnya raya kali ni seperti ada sedikit kekurangan tapi entah lah sampai sekarang aku masih tak dapat jawapan apa yang kurangnya raya tahun ini berbanding raya tahun lepas. Nak kata adik-beradik aku tak balik.. semuanya ada walapon sepatutnya abg long aku xdapat balik tapi alhamdulilah diberi rezeki untuknya beraya pertama bersama kali walapun hari raya pertama tersebut jugak dia bergegas balik ke Kajang, Selangor. Tapi aku still rasa ada something yang xkena.. hurmmmm..

Berbalik kepada title kat atas tu. Ceritanya macam ni. Semalam duduk-duduk bersama mak, jiran-jiran dan cucu jiran (Wawa dan Nelly) sambil makan cempedak goreng dengan rambutan depan rumah. Rancak-rancak berborak isu hal semasa sedar tak sedar sudah nak mahgrib. Kalut lah semua nya nk balik kerumah masing-masing. Tengah-tengah semua orang bersiap nak balik ke rumah masing-masing.....................

Ehhhh..jap2 biar aku explain serba sedikit sapa Wawa dan Nelly ni. Wawa ni nama sebenarnya Nur Amelia Arriana. Berumur 6 tahun dan sekarang bersekolah tadika dan merangkap kakak kepada si Nelly ni. Memang sekarang korang tengah cari persamaan nama sebenarnya dengan nama panggilannya kan. Kenapa namanya penuh dengan nama panggilan nya jauh tersasar. Yang sebenarnya mereka berdua ni ada seorang abg yang baru berumur 8 tahun. Enta macam mana si abg ni gemar memanggil Nur Amelia Arriana ni dengan panggilan Wawa, so sampai sekarang lah kami menggelar Amelia ni dengan panggilan Wawa.. kadang-kadang aku panggil dia Wa Kapoow...

Yess, even dia just cucu jiran tapi hubungan aku dan keluarga dia memang rapat. Sejak dari kecil aku dan adik aku lah yang selalu jadi tetamu rumah atuk dan nenek dia. Boleh diibaratkan kami sudah menjadi keluarga angkat. Mama Wawa ni anak tunggal, jadi tiada siapa yang boleh mereka panggil dan jadikan mak dan ayah saudara. Jadi kami yang lima beradik ni (Adik beradik aku) lah yang menjadi Pak Long, Pak Ngah, Uda, Ateh (aku)  dan Acu mereka tiga beradik

Sambung balik cerita perenggan kedua tadi, Tengah-tengah semua orang bersiap nak balik ke rumah masing-masing si Nelly lalu dibelakang aku then aku pun cakap meh la sayang Ateh dulu. Tapi dia buat dek jek aku cakap macam tu. Tapi datang Wawa dan peluk aku dari belakang yg tengah duduk ni dan cakap "Wawa Sayang Ateh". perkataan tu terus masuk dalam jantung aku dan aku terasa seperti ikhlasnya apa yang Wawa cakap kan tu. Walapun aku tahu dia selalu cakap yang dia sayang aku tapi kali ni cukup lain sehinggakan aku terasa sangat ikhlas apa yang dicakapkan nya. Dan dalam hati aku menjawab "Ateh Sayangkan Wawa Juga".

Sesungguhnya aku dah anggap mereka 3 beradik saling xtumpah macam anak saudara kandung aku sendiri sebab mereka lah yang selalu menghiburkan kan kat sini bila aku sedang cuti sem. Yup kadang-kadang memang sakit hati dengan peragai mereka bertiga ni tapi mereka lah jugak yang memberikan aku kemanisan disetiap hari. Wawa memang dari kecil sangat rapat dengan aku sehinggakan kemana saja aku pergi untuk beli barang pasti akan aku bawa dia. tapi kini dia makin sibuk dengan sekolahnya menyebabkan aku dah jarang bawa dia kemana-mana. Aku selalu menyatakan impian aku untuk jadikan dia dan adiknya Nelly untuk jadi flower girl bila aku kahwin nanti..hahahahhaahaha.. dan ternyata mereka setuju.. Yesssss....


Hasta La Vista..
Ini lah adik-beradik Wawa. Dari kiri Aiman adha, Nelly Farhah dan
Nur Amelia Arriana

Cik Not (Nelly) yang memakai gaun bila aku kahwin
nanti katanya

Wawa vs Ateh...

Friday, 25 July 2014

Terima Kasih Ya Allah

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulilah.. Pejam celik..pejam celik bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita. Cukup cepat masa berlalu kan... tup..tup dah nak raya.. Syukur masih diberi peluang untuk merasai nikmat raya Aidilfitri.. So macam mana persiapan anda semua.. Mesti meriahkan persiapan raya anda.. Baju berapa pasang? Hurmm aku tahun ni baju raya di sponser...hihihih.. Alhamdulilah. 24 Jun 2014 (Khamis) results peperiksaan akhir untuk Semester 4 keluar.. Uishhhh.. sebut je results keluar pasti ketaq lutut nk lihat results sendiri. Results aku keluar tepat jam 3.. Aku punya lah takut sampai sepanjang hari siang tu aku buat-buat lupa macam tak ada apa yang berlaku..hahahah..

Malamnya bila online FB ramai kawan-kawan seangkatan update status dapat results yang tak dijangka-jangka... Uishhhh lagi lah buat aku tak keruan.. Kawan aku whatsapps nak hulurkan bantuan untuk tengok results aku.. Almaklum lah.. aku ni kalau online comfirm menumpang wifi jiran sebelah..hahah...  Mula-mula aku online guna fon aku jek...tetibe plak ada 1 perasaan yang luar biasa menyebabkan aku nak tengok results aku sementara jiran aku tengah on wifi ni...

Then aku pun capai lah laptop cuba nasib nak masuk portal komuniti UUM.. Aku target mesti jammed punya sebab hari first results keluar..comfirm berpusu-pusu students masuk portal. Tapi Alhamdulilah  Allah permudahkan urusan aku .. Bila aku masukkan no kad matrik dan no ic terus masuk dalam portal..aku click sana click sini terus dapat tgok results ... dan.. jeng...jeng...jeng...

Time aku tengok results tu area dalam pukul 11 nak ke pukul 12 tengah malam.. So kalau aku menjerit nanti comfirm2 aku kena maki kan... So aku menjerit tanpa keluar suara... Seksa woooooooo.... Lepas je aku tengok keputusan aku kat skrin laptop tak ada kata lain yang aku ucap selain dari ALHAMDULILAH. TERIMA KASIH YA ALLAH. KAU MENDENGAR SETIAP HARI DOAKU.. DAN KAU MAKBULKAN DOAKU YA ALLAH...SYUKUR... keputusan yang sangat2 aku tak sangka.. sebab aku just target 3.4 something je sebab kali ni banyak paper yang aku tak yakin tapi alhamdulilah rezeki ramadhan aku dapat pointer 3.7 something..

Kat sini aku nak berkongsi pengalaman.. Sepanjang aku menunggu results aku sentiasa berdoa sewaktu menunggu waktu untuk berbuka puasa sebab aku pernah terbaca antara waktu yang sesuai untuk berdoa agar cepat dimakbulkan adakah sewaktu berbuka puasa atau sewaktu menunggu berbuka puasa ( Aku tak berapa pasti) then aku amalkan sepanjang bulan puasa ni dan aku juga buat seperti ayat di bawah dengan seikhlas hati . In Sha Allah ganjarannya berbaloi.

 Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya maka Malaikat akan berkata : “Dan engkau juga akan menerima sepertinya.” 

Terima Kasih Ya Allah ...

Hasta La Vista..

Monday, 14 July 2014

He Know Better Than Me

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulilah..hari ini dah masuk hari yang ke-16 kita berpuasa. Moga dipanjangkan umur untuk menyambut lebaran pada tahun ini. In sha Allah.

Hari ni aku nak share something dengan korang semua.. Based on true story. Hiihihi... Aku taip cerita ini untuk entry dalam assignment subjek STID 1103 - COMPUTER APPLICATION IN MANAGEMENT yang memerlukan aku buat blog then create sebanyk 10 entry dalam bahasa omputih. Cerita yang aku nak bagi tahu korang ni menginsafkan aku yang Allah S.W.T lebih hebat perancangannya berbanding dengan aku hambanya yang hina ini.

*Entry ni dalam bahasa Inggeris.. mungkin ayatnya terabur sikit.. Mohon faham sendiri ya....hihihi

               My name is Noraida Binti Ishak. Here I would like to share something miracle happened in my life. After I saw my SPM (Malaysian Certificate of Education) results, I realise that I must continued my study, if I want to be a university's student. I choose to register my name as form sixth student at Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 16, Pahang. Why I choose to continued my study as form sixth student? My reason is simple, form sixth is my last choice. Even I feel very dissappointed because I have no chance to continued my study at university as diploma student, but i wish that one day I will going university as a degree' student.

              I am still remember that I always said to my friends, " I love so much watch paddy fields and one day I hope i will go over there". They just smile and said "one day you will go over there". On 2011, I took STPM (Malaysian Higher School Certificate) examination and Alhamdulilah (Thank God) my wish was granted.  Now I am university's student and I further my study in Bachelor in Communication with Honour. 


              Something miracle happend to me when I know where I will continued my study. Seriously I am surprised because I will going Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok,Kedah for 4 years to finish my study for get degree's scroll. Now, I have chance to see paddy fields for 4 years. Thanks Allah because made my wish became true. On 3th September 2012, I was registered as UUM student at Bank Muamalat Student Residential Hall and believe it or not I am still going register my name even I had a chicken pox. This is first time I came to Kedah and Universiti Utara Malaysia. It was very amazing place even I just saw forest surrounding UUM but it is suitable place for study. After I register my name, have some people that I do not know who ask me to sit down and wait my turn to take picture, even I do not know why they do that and I just smile when he said ready 1,2,3 click!(sound of camera when taking picture). After that, I got room's key and from here I know my roomate and now she is my best friend. Thank God, I got a room which is facing my ex classmate's room. Just because I had a chicken pox, I must went University Medical Center for got treatment. The doctor gave me 6 days for MC and I can't going university orientation session because of for make sure other people not contagious. Even I am happy because I am not join university orientation, but I felt alone, nobody can I talk and believe it or not, I am alone at student residential hall for 6 days.



Sometime I thought why I am far away from family, why I got this course because I apply human resources course and why I am here? Now I got the answer, because of I like management and He gave me suitable university, that it Universiti Utara Malaysia 'The Eminent Management University'. Before this I hope I can got human resources course but this course is not suitable for me but He replace it with communication course and I am here because of He fulfil my wish that I want saw paddy fields. Thank Allah.



Location: Perlis Indra Kayangan

Sebahagian dari coursemate aku.. (Teka mana 1 saya)...

Hasta La Vista...

Tuesday, 8 July 2014

Special Thanks to...

Assalamualaikum...

Wahhhhhh... that my first impression bila aku bukak blog aku ni... totally different daripada blog aku yang dulu.. sangat cantik dan comel.. ishhh aku tak snap pulak blog aku sebelum ni. Kalau korang tengok comfirm korang pun akan setuju dengan aku.

Idea nak upgred blog ni bermula lepas aku tengok blog-blog orang lain... Fehhhhhh cantik dan cumell sangat. Then aku pun contact lah seorang kawan aku yang kaki blogging ni nak minta tolong dia ubah suai blog aku. Then dia pon setuju.. Aku apa lagi bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal lah.. terus aku kasi email dan password. Dan tak sampai 2 hari dia dah siap buat.. Wahh sangat profesional kan.. Aku punya lah bajet mungkin dalam seminggu dua ke.. Keesokkan harinya dia dah inbox kat FB kata dah siap...

Here, special thanks to my beloved friend Munirah Hayati Binti Yunus sebab sudi tolong ubahsuai blog Cik Aida menjadi blog yang baru dan cumell... Oh ya, ini link blog dia.. Rajin-rajin kan diri anda untuk klik link ni k....
http://manislolipop47.blogspot.com/



Peace Yo..


Hasta La Vista..

Ku Mencintaimu.....

Assalamualaikum...

Cinta.... apa tu cinta? Cinta ada banyak makna dan aku percaya setiap orang menilai makna cinta tu dengan cara yang berbeza-beza kan? Cinta tidak semestinya antara lelaki dan perempuan, tetapi cinta kepada Pencipta alam dan manusia serta cinta kepada kedua ibu dan ayah juga digelar sebagai cinta...

Cinta yang aku nak tulis dalam entry ni bukanlah cinta sesama manusia... tetapi aku jatuh cinta dengan sebuah lagu ni...hihihihih... Aku kasi klu ehh.. lirik nya macam ni...

Ku Mencintaimu Lebih Dari Apa Pun,
Meskipun Tiada Satu Orang Pun Yang Tahu,
Ku Mencintaimu Sedalam-dalam Hatiku,
Meskipun Engkau Hanya Kekasih Gelapku.......

Yup aku tahu lagu ni dah lama then sekarang pun dah memang tak popular lagi kan. Semua nya disebabkan 1 malam tu, aku belek-belek file music dalam henset aku then aku tertekan lagu ni (tertekan ok bukan sengaja nk dengar)... Tiba-tiba terus keluar lagu..

Ku Mencintaimu..bla..bla..bla... Ehhhehh... dan..dan pulak aku dengar lagu nih sampai habis... Lepas tu boleh pulak aku dengar banyak-banyak kali. Tujuan asalnya aku nak dengar lagu lain... Sudah sampai ke tido aku dengar lagu ni saja. unbelievable.. sampai sekarang aku dengar lagi. Ni ha tengah taip entry ni pon aku dengar lagi...

Aku paling suka minit yang ke 3.21... menusuk dalam hati yang dalam..hihi

Ku Mencintaimu Lebih Apapun
Meskipun Tiada Satu Orang Pun Yang Tahu
Ku Mencintaimu Sedalam-dalam Hatiku
Meskipun Engkau Hanya Kekasih Gelapku

Ku Tahu Ku Takkan Selalu Ada Untukmu
Disaat Engkau Merindukan Diriku
Ku Tahu Ku Takkan Bisa Memberikanmu
Waktu Yang Panjang Dalam Hidupku

Yakinlah Bahwa Engkau Adalah Cintaku
Yang Ku Cari Selama Ini Dalam Hidupku
Dan Hanya Padamu Ku Berikan Sisa Cintaku
Yang Panjang Dalam Hidupku

Ku Mencintaimu Lebih Apapun
Meskipun Tiada Satu Orang Pun Yang Tahu
Ku Mencintaimu Sedalam-dalam Hatiku
Meskipun Engkau Hanya Kekasih Gelapku.......



Hasta La Vista....

Monday, 7 July 2014

I Will ....

ASSALAMUALAIKUM.....


Hiiiii oulsss..... uishhh dah lama tak update blog ni.. kalau ikut kan last date update hurmmmmm.....21 Nov 2013... ohhhh baru nak masuk 8 bulan... ehhhhh...ehhhh jap... 8 BULAN lamanya aku tak update blog nihh nak update pon kau dah lupa aida macam mana.. uhhhhhh.... Ehhhh bukan malas k just tak ada masa saja (Login FB kau ade masa lak kan).... hokey..hokeyyy U're rite.. Aku malas nak update.. kadang-kadang tu tak ada bahan yang nak dikongsikan that y lah aku xhupdate...
Tambah pulak dengan asaimen (assignment) yang macam gunung kinabalu tu.. lagi lahh menguatkan alasan aku lagi untuk tidak mengupdate blog ni.. Bukan setakat aku tak update... login blog ni pon aku jarang tapi sekali bukak nah kau... ramai jugak yg chatbox haku...

To All Chatters .. Saya akan......... melawat blog anda bila sya sudah kemas kini blog sya k.. tapi bukan dalam masa yang terdekat ini... almaklum lah sibuk berpuasa..hihihih............i give u my words... Good night to all my followers and thanked to all of u sbb sudi jadi follower blog yang huduh ni... 

Hasta La Vista....

Thursday, 21 November 2013

I'ii Be Missing You

As a muslim, we are believe one day all of us will died. I am also will gone from this world but I do not know when it will happen. 3 years past, I lost my beloved uncle without I said goodbye. Around 6.45 pm, my father came to see me at the shop that I worked and said my uncle is pass away. I am speechless, after 7, I ask my supervisor for allow me to go my uncle funeral for me to give last respect for him. First, my father took me and my coursins (my uncle daughters) going to Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang because my late uncle still at the hospital for post mortem. My tears began flow slowly and automatically my memories with him ran in my mind. Oh God why he going without said goodbye to me and all of our family members? Only God know why he gone without say something. All of us will be missing you. Al-Fatihah.
When I listening this song, I will remember him. Lost someone is hurt but we must accept rule of life and life must go on.


We Will Be Missing You
Every step I take
Every move I make
Every single day
Every time I pray
I'll be missing you

Thinking of the day
When you went away
What a life to take
What a bond to break
I'll be missing you


Saturday, 16 March 2013

oOhHhhh..... jOuRnaL....

helooooooooo guys!!!!
baru-baru nihh saya dapat assgment untuk pengantar media yang mana kami semua diminta untuk mencari lima jurnal dan then buat ulasan jurnal tersebut.... kata2 lecture kesayanganku....'Baiklah... bagi tugasan individu, saya nak kamu cari lima jurnal berdasarkan sub topik berikut.. (broadcasting, kewartawanan, penyiaran dan pengiklanan).. kamu hanya perlu buat ulasan 1 muka surat.. tidak boleh sama dengan mana-mana individu... sila register jurnal kamu di bilik saya pada hari selasa bermula jam 9 pagi. tajuk mestilah mengikut APA style....wahhh tajuk jurnal pon nak kena APA style..even awk dftr dlu jurnal tersebut tetapi kawn awk tulis tajuk mengikut APA style..maka jurnal dia akan diterima..awk perlu cari yg lain....(isshhhhhhh straight nya)... aduhh macm mne nihh..nak kene berebut2 plak nihh... (aku kalau bak berebut nihh perkara yg ke-1000)....
tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!!!!!!! kat mana aku nak cari jurnal yang tak ada orang yg jumpanya...boleh dikatakan 3 hari jugak laa aku carik jurnal (punya xmhu sama dengan org lain....) kerisauan pon jelas terserlah apbila hari mendaftar makin tiba.... ahhhhhhhh...liatnya nak bangun...(sebbnya hari cuti...syggg tidorr ooo).... planning dengan roomate nak pegi pukul 8.30am...alih2 lambat juga kami pergi.. bersiap lambat punya pasal...haaaaaa....ramainya dah datang....aduhhh bertambah risau aku tgok ramai yg sudah berbaris nak daftar jurnal.... ahhhhhhhh....tidakkkk... aku kena baiki cara penulisan APA aku...aduhhhh..mcm mne nihhh...(even da sem 2 masih xpndai tulis APA style)....alhamdulilah kali kedua check oleh lec tajuk aku diterima....syukurrr....alahaiiiii ramai plak yg baris untk msuk bilik Lec nihh....
sekian lama menunggu akhirnya turnn aku...(yihaaaaaaaaaaaaa....rase nk lompat tinggi2)....
Dalam bilik Lecture: okey Aida sila tulis tajuk jurnal awk berdasarkan abjad ni... sya rase yg penulis zulkiple too da ade yg dftr....(haaaaaaaaaaaa..tidakkkkkkkkk.....sawan sebentar...)bilaa lec check kesemua list akhirnya tiada lagi yg mndftr utk abdjad Z..selamatttt dehhhh....yaaaaaaaaaaa... sudah berjaya daftar jurnal..sekarang tinggal nk buat ulasan pula..... haaaaaaaaa apa??? format ulasan menggunakan font Calibary dan saiz 10.. jarak perenggan hanya 1.0.... wehhhhhhhhhhhhhhhh...kecikknya...apa yang aku nak ngarutkan nanti dalam ulasan tuhhh....macammm mne nihh....
nak tak nak aku kena jugak hantar assgmnt nihh... jadik terpaksa lah aku siapkan jugak (carry mark nihhh...jgn buat main2 eyda).....3 malam aku siapkan jurnal nihh...semalam tidur pukul 4 semata-mata nak siapkan ulasan....(sebelum itu pukul 1 aku rehat dlu...pukul 3 baru aku smbung buat..to yg jdik pukul 4 too).. nasib baik ko-k aku tunda waktu ke petang....(nasibb baikkkk...) akhirnya tepat pukul 3.13 pm jurnal yang kelima2 nya dapat aku siap..wahhhhh......puass sgttt..........sgttt puas bila kerja da settle (yg sbnrnya bnyk lagikk kerja).... sekarang tinggal lagikk nk print saja... akhirnya settle jugakk..

p/s: harap2 apa yang diusahakan dapat blsn yang setimpal..amin....










Friday, 15 March 2013

sEhaRi bErsAmA AryAnti mUrni..

hye guys.... yang sebenarnya cerita ni dah lama nak post (14/3/2013-khamis)..tapi tak berkesempatan masa nak update blog..jadi hari ini baru ada masa..memandangkan kokurikulum lambat lagikk..jadi sempat la update blog dulu kann.... haaa...siapa dia Aryanti Murni to... artis ke dia nihh atau pon cuma manusia biasa. tak ada apa pon yang spesial dengan si Aryanti ni.. dia cuma budak kecil yang banyak bercakap (soory Uniey)... Dia cuma  jiran bilik saya sahaja (tak ada la special sangat pon)... yang istimewa nya ialah dalam masa 1 hari kami bersam-sama menghabiskan masa.. sebelum ini kami hanya bertegur sapa tanpa pernah kenal dengan lebih rapat... Dia seorang gadis yang comel, manja, manis dan mempunyai kelebihan suara yang serak basah (sexy tau..) berasal dari Rawang, Selangor dan meneruskan pengajian bersama saya dalam jurusan Bachelor Development Management (BDM) selama 3 tahun setengah. bermula dari petang hari selepas balik dari kelas.. kami minum petang bersama... pelbagai cerita yang dapat dikongsi bersam semasa menjamu pisang goreng.. (thnks to Nor Adilah kerana rajin membeli pisang goreng)... gelak tawa seiring dengan cerita yang telah disampaikan... seronokkk tauuu...semakin lama berborak semakin terbenam matahari... and then kami decide utk mandi2 n bersiap sedia untuk makan malam pula... kebiasaan hanya kami berlima sahaja yang turun ke kafe untuk makan...tetapi hari itu kami makan bersam Aryanti Murnie(even dia hanya minum air bandung saje..n then katanya da kenyang minum petang tadi..but.....)... selesai saja dinner kami pulang ke bilik...dalam perjalan nak balik bilik tuh kami singgah sebentar di gym terbuka (dekat dataran mawar k. dpp bank muamalat...) regang-regangkan badan n then kami baring di tapak gym dengan tujuan untuk melihat bintang dilangit... cantikkk....balik saja ke bilik... kami borak sebentar kemudian sambung semula buat assgmnt.. begitulah cerita nya seharian bersama Unie.. walapun hanya beberapa jam tapi ia sudah cukup untuk dibuat sebagai kenangan. mungkin hanya hari itu kita lihat bintang bersama.. esok belum pasti....

p/s: dedicate to Aryanti Murni.... look at the star..and u will remind what we do together last night.....
       14/3/13-khamis ( Imah, Mira, Mila, Dila, Farah, Eyda & Unie)


sAhaBat SeLaManYa...



Wednesday, 13 March 2013

hApPy BeLatEd biRtHdAy...

hepiiii bezdayyyy.....ohhhh yeahhhhh......now im 21 years old....(belumm tua lagi okeyy...jangan sesekali mention umur u sudah tua.....)  kembali kepada tajuk di ats..mengapa saya mention 'happy belated birthday'.... ini semua kerana bezdayy saya sepatutnya 8 mac 1992..sekarang sudah 11 mac 2013 kann..haaa..makna nya lambat sudah saya update blog untuk slot bezdayy nihh.. tapi tak kesah lahh..yang penting saya nak jugak cerita kisah 1 hari menyambut bezday saya...( dengan bersemangat nya mahu bercerita..kan2..)....seriously.. sebelum ini belum pernah saya menyambut bezday even bersama keluarga sekali pon.. bermula perjalanan ke Alor Setar pada pukul 11 pagi...menuju terus ke kedai mkan( sebbnye masing-masing belum breakfast lagikk)... dah makan2 kami terus perjalanan ke Alor Setar dan terus menuju ke pusat islam untuk solat zuhur dlu...haaa..pastoo bru pergi shopping...(tapi xbeli ape pon..just window shopping saje)....dahhh siap beli mcdonalds kami pun gerak ke kfc plak....
sampai kfc..sudah beli2 kami pon menuju ke Tasik Darulaman di Jitra...bersantai laa di situ sambil menikmati hidangan masing-masing...berlatarbelakangkan tasik kami menikmati hidangan masin-masing dengan sunyi sepi nya..(i makan prosperity burger....tapi kurang sedapp okeyy...banyak sngt lada hitamm...)... seronok tau pergi tasik Darulaman nihh..makin petang makin ramai plak orang yang datang untuk berriadah di situ.. siap ada yang main layang-layang lagi...( mungkin musim main layang-layang kat sini kot..merata-rata ade saja yang sedang bermain layang-layang...seronok tengok...)
hari jumaat tersebut hanya diisi dengan aktiviti tersebut sahja... and i got suprised okeyyy... (teruja sngt sbb slme nihh xpnah pon bezday ada orang buatkan kejutan.....)nak tahu ape kejutannya...haaaa... saya dpt kek besar dari roomate saya....yihaaaaaaaaa.......seronok bila ada depan mata kek cokelat.... teruja sungguh... Thanks to my roomate because u kasi i kek yang sedap & besorr tauu.... ( tahun depan nak lagi ye).....and i paling terharu dia gunakan duitnya sendiri untuk belikan i kek tersebut...uhhhhhhh sahabat..kau memang sahabat.... akhir sekali... saya nak berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang sudi menemani diri ini untuk 1 hari yang sgt bermakna untuk diriku ini.. sahabat yang dimaksudkan ialah wan nurhiqmah bt che wan nasruddin, nur farah nabilah bt abd halim, nur zamila bt ramli & noor amira bt hamdan... tak dilupakan juga kepada sahabat2 fb and classmate yang sudi membazirkan kredit untuk wish bezdayy saya.. kalian memang sahabat.....
oppsssss.... lupa nak kata..dalam on da way nak balik kami sempat bergambar di pintu pagar Istana Anak Bukit...hehehehehehe

P/s: Hidup indah bila ada sahabat yang setia dalam apa jua keadaan kita....

Window shopping...hehehe

Pintu pagar istana anak bukit...

Di hadapan pintu masuk istana..

My lovely prosperity burgerr....(tapi ade air kfc kan kat tepii tuhhh..opsss)

Mereka sedang menikmati hidangan...
Tasik Darul Aman, Jitra....




SeronOk sangatt Mira kat belakanggg saya...
Saya dah nk pulang ke UUM..hmmmm

Terima Kasihh sahabatt...
Janji nampak muka..kann...
Cantikk ciptaan Allah
Sahabat (kawan bilik) saya bagi kek....
nyummmm....nyummmm....
Ini kek bezday saya yang ke-21
Ini dia tuan yang berikan kek pada saya...Thnks imahh...





 Maaf gambar xpndai susun..Terima kasihh untuk kalian sahabat..... Aku sayangg kamu semua...





Sunday, 10 March 2013

sUkUmm ohhh sUkUmm !!!!

aSsaLamUalaikUm !!!!!

watttt's uuuppp ... wattt's uppp... uishhhhh... lama dahh tak update blog aku nihh (enta apa lah yang sibuk sangat aku nihh kann)... sOoorRryYyy... bukan sengaja tak mahu update ..tapi biasa lahh.. hidup sebagai student nih kadang-kadang sibuk memanjang dengan aktiviti universiti... sebelum nihh aku sibuk dengan final exam untuk semester yang pertama..kemudian sibuk pula mengemas bilik untuk bercuti akhir semester(sikit jekk cuti sem kali nihh...1 bulan mane cukupp...) Dan sekarang baru terasa nak update atau hidupkan semula    blog nihhh (walaupon hakikatnya tiada pon yang follow kann...)

Semester kedua baru sahaja bermula...(lebih kurang dalam sebulan sudah..).. Apa homesick??? of course la ada sikit homesick tu kann... mana tidak nya sebulan kot dduk rumah...msti laa rindukan rumah especially my mum...tapi sekarang alhamdulilh..homesick tu dah makin berkurangan..hehehehe...

Permulaan aktiviti untuk sem yang kedua nih sudah pun bermula...(kutip sira oiii.....kalau tidak floating laaa kite...) Aktiviti yang aku maksudkan ialah upacara pembukaan SUKUMM 2013 bertempat di Pusat Sukan UUM jam 9.00 PM tadi.. (2 Mac 2013.....masih freshh lagikkk...heheheh).... haaa??? Apa SUKUMM nihh...makanan kerr...tak pon ulam-ulaman kerr??? SUKUMM stand for Sukan Universiti Utara Malaysia... Setiap permulaan sem msti akan ada pembukaan sukan UUM nihh..tahun lepas aku masuk pertandingan bola tampar (pemain simpanan je pon...eksyen jekk lebeyyy...) tapii....tahun ni rasanya da malas nak join sama...( yang sebenarnye aku nihh paling lembab kalau bab2 sukan nihh..enta laa knpa,,, bak kata omputih..'i hate very much when i said about SPORT'.....urghhhhhhhh..tidakkkk laa kome...)... dan kebiasaannya juga setiap kali majlis pembukaan SUKUMM mesti aku dan kawan2 akan join Cheers...but untuk sem nihh kami pakat nak join perbarisan pulak... (sekali-sekala tukar angin plak kann.....) perbarisan pon beshh jugakk..huhuhuuhu.... jom tengokk2 gambar semasa majlis tersebut berlangsung....

P/s: Dalam diam kamu sedang melakar kenangan yang akan kamu bawa sampai bila-bila bersama seseorang yang bergelar sahabat....
Sebelum bergerak ke pusat sukann..
 I love uum.... (jgn jelesss..)
Dia kawan perbarisan saye.. (nur zamila)

Ondaway nak masuk padang pusat sukan....

Mereka kawan sekelas saya..(B. Comm's students)

Bergambar sekejapp..

Aisyah sengett.....





Sunday, 23 December 2012

cUti sAtU hAri......

uishhhhhhhh...... penatnya masih terasa sampai ke hari ini.... tapi seronok sangat.. bukan mudah nak 'hang up' bersama-sama mereka-mereka nihhh.... sibuk je memanjang.....tapi semalam alhamdulillah ade juga kesempatan untuk keluar bersama-sama..( yang sebenarnya kami keluar semata-mata untuk hilangkan sedih dihati.. sebabnya masing-masing tak dapat balik kampung sempena study week....sedih pedehh rasenya....) terima kasih kawan!!!! Destina yang pertama kami menuju ke Padang Besar di Perlis.... Shopping dulu..hehehehe... Lepas dah penat shopping kami pergi makan kenduri pulak kat kampung kawan sorang nihh... Sangat unik masakan nya.. n then ni la pertama kali makan nasi kenduri di negeri orang(sedihhkan jauh dari tanah tumpah darah)... menunya yang unik itu ialah gulai kari daging campur dengan rebung.. pelik kannn (atau saya sorang je yang pelik?????).......tapi rasenya boleh tahan juga...n seterusnya selepas solat kami pergi taman titi gantung dekat Kuala Perlis... seronokk naik titi gantung tuh.. dan yang paling menariknya saya dapat tengok dan pegang sawah padi... arrrrghhhhhhh...seronok sangat.. percaya atau tidak itu lah perkara yang saya paling saya hajati sebelum datang ke negeri Kedah ni.. dan mungkin ini juga hikmahnya saya diterima masuk ke UUM....saya mahu tengok sawah padi........and now im here... kami singgah tengok sawah padi di rumah mak uda (mak saudara kawan)...sangat cantik pemandangan sawah padi kat sana.... tenang sebentar melihat kebesaran Allah SWT.. sangat cantikk... dan saya sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai tanda memori...seterusnya kami melencong pulak ke laut ..kalau tak silap laut di kuala perlis n then kat situ saya jumpa lagik sejenis makanan yang sangat pelik.. pernah makan tak 'yong tau fu'... cara makannya kita rebuskan bahan-bahan tersebut.. tapi cara makanan ini dihidang ialah dengan membakar bahan-bahan mentah tersebut and then makan bersama kuah... rasanya not bad... kami makan makanan tersebut di tepi laut...seronok dapat rasai angin laut..sangat selesa... akhir destinasi kami singgah sebentar di cmart arau...dan berakhirlah percuti untuk seharii... sangat seronok apabila bersama kamu semua wahai rakan-rakan...


P/S: dimana kaki melangkah disitu tercipta kenangan.. kenangan itu sangat indah untuk dilupakan wahai sahabat....


Welcome to Padang Besar Perlis.....
Perjalanan menuju ke majlis perkahwinan....
Bergambar di taman reaksi titi gantung
Berdiri di tengah sawah... Seronokkkkk
Di belakang rumah mak uda
Kenal tak yang baju merah tu siapa (ce tekaaaa.....)
Kita kan kawan !!!!
Me are sis .. and u are bro
Bertenggek tepi lautt...