Saturday 9 August 2014

Ateh Pon Sayangkan Wawa Jugak..

Assalamualaikum guys..

Uishhh lama dah xupdate blog ni kan (even tak ada siapa nak baca).. Rasanya belum terlambat lagikan nak wish Happy Eid Mubarak kepada readers semua. Maaf Zahir & Batin. Kita kosong-kosong ya.. Macam mana sambutan raya anda semua ?? pasti meriahkan kan. Aku pulak alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Sejujurnya raya kali ni seperti ada sedikit kekurangan tapi entah lah sampai sekarang aku masih tak dapat jawapan apa yang kurangnya raya tahun ini berbanding raya tahun lepas. Nak kata adik-beradik aku tak balik.. semuanya ada walapon sepatutnya abg long aku xdapat balik tapi alhamdulilah diberi rezeki untuknya beraya pertama bersama kali walapun hari raya pertama tersebut jugak dia bergegas balik ke Kajang, Selangor. Tapi aku still rasa ada something yang xkena.. hurmmmm..

Berbalik kepada title kat atas tu. Ceritanya macam ni. Semalam duduk-duduk bersama mak, jiran-jiran dan cucu jiran (Wawa dan Nelly) sambil makan cempedak goreng dengan rambutan depan rumah. Rancak-rancak berborak isu hal semasa sedar tak sedar sudah nak mahgrib. Kalut lah semua nya nk balik kerumah masing-masing. Tengah-tengah semua orang bersiap nak balik ke rumah masing-masing.....................

Ehhhh..jap2 biar aku explain serba sedikit sapa Wawa dan Nelly ni. Wawa ni nama sebenarnya Nur Amelia Arriana. Berumur 6 tahun dan sekarang bersekolah tadika dan merangkap kakak kepada si Nelly ni. Memang sekarang korang tengah cari persamaan nama sebenarnya dengan nama panggilannya kan. Kenapa namanya penuh dengan nama panggilan nya jauh tersasar. Yang sebenarnya mereka berdua ni ada seorang abg yang baru berumur 8 tahun. Enta macam mana si abg ni gemar memanggil Nur Amelia Arriana ni dengan panggilan Wawa, so sampai sekarang lah kami menggelar Amelia ni dengan panggilan Wawa.. kadang-kadang aku panggil dia Wa Kapoow...

Yess, even dia just cucu jiran tapi hubungan aku dan keluarga dia memang rapat. Sejak dari kecil aku dan adik aku lah yang selalu jadi tetamu rumah atuk dan nenek dia. Boleh diibaratkan kami sudah menjadi keluarga angkat. Mama Wawa ni anak tunggal, jadi tiada siapa yang boleh mereka panggil dan jadikan mak dan ayah saudara. Jadi kami yang lima beradik ni (Adik beradik aku) lah yang menjadi Pak Long, Pak Ngah, Uda, Ateh (aku)  dan Acu mereka tiga beradik

Sambung balik cerita perenggan kedua tadi, Tengah-tengah semua orang bersiap nak balik ke rumah masing-masing si Nelly lalu dibelakang aku then aku pun cakap meh la sayang Ateh dulu. Tapi dia buat dek jek aku cakap macam tu. Tapi datang Wawa dan peluk aku dari belakang yg tengah duduk ni dan cakap "Wawa Sayang Ateh". perkataan tu terus masuk dalam jantung aku dan aku terasa seperti ikhlasnya apa yang Wawa cakap kan tu. Walapun aku tahu dia selalu cakap yang dia sayang aku tapi kali ni cukup lain sehinggakan aku terasa sangat ikhlas apa yang dicakapkan nya. Dan dalam hati aku menjawab "Ateh Sayangkan Wawa Juga".

Sesungguhnya aku dah anggap mereka 3 beradik saling xtumpah macam anak saudara kandung aku sendiri sebab mereka lah yang selalu menghiburkan kan kat sini bila aku sedang cuti sem. Yup kadang-kadang memang sakit hati dengan peragai mereka bertiga ni tapi mereka lah jugak yang memberikan aku kemanisan disetiap hari. Wawa memang dari kecil sangat rapat dengan aku sehinggakan kemana saja aku pergi untuk beli barang pasti akan aku bawa dia. tapi kini dia makin sibuk dengan sekolahnya menyebabkan aku dah jarang bawa dia kemana-mana. Aku selalu menyatakan impian aku untuk jadikan dia dan adiknya Nelly untuk jadi flower girl bila aku kahwin nanti..hahahahhaahaha.. dan ternyata mereka setuju.. Yesssss....


Hasta La Vista..
Ini lah adik-beradik Wawa. Dari kiri Aiman adha, Nelly Farhah dan
Nur Amelia Arriana

Cik Not (Nelly) yang memakai gaun bila aku kahwin
nanti katanya

Wawa vs Ateh...