Friday 19 December 2014

Statistik oh Statistik

Assalamualaikum.. haii ouls..

Hihhihihi.. hari ni rajin pula rasanya nk update blog...

SSQL 1113 Statistic For Social Science.. dengar je nama subjek ni.. Pasti akan gerun (aku ni math anxiety).... Ok aku terang sikit pasal subjek ni.. Statistik nicknamenya, subjek statistik ni banyak jenis dalam yang ditawarkan oleh UUM ni. Tapi tidak semua students akan ambil statistik sains sosial ni.. Hanya students tertentu sahaja, but mostly students dari pelbagai kursus akan ambil subjek ni.. Subjek ini diambil sebab nanti subjek ini berkaitan dengan subjek Research Method dan juga diaplikasikan dalam thesis (penulisan ilmiah) nanti.. Fuhhhhh... bagi yang suka kan matematik pastikan kata kacang saja subjek ni..Tapi bagi aku yang lemah maths ni... Uishhh keras macam batu (susahnya) subjek ni.. Then ditakdirkan exam untuk paper ini 23/12/2014.. Apa lagi masing-masing pulun lahh nak faham setiap ulas yang ada dalam nota tu.. Bila dipikirkan2 nak belajar sensorang tu nampak macam tak jalan, kami pon hired lah cikgu sementara untuk ajar subjek ni sampai kami faham. Sepanjang aku belajar di sini (UUM) tak pernah aku study group bila exam, tapi paper ni membuatkan aku sedar yang best juga study group ni... Guys, if your read this entry, im begging. please pray for us moga dapat jawab soalan dengan baik... Cayoooooo.....



Before start our discussion

Yang tudung Jingga tu Cikgu Kami....


Thursday 18 December 2014

Sahabat

Assalamualaikum..hi oulss...

Rasanya lama sudah aku tak menjengah ke laman ni. Walapun aku tahu blog ni tiada reader, tapi kat sini lah aku nak berkongsi tentang perjalanan hidup aku... Nak menceritakan pada orang tak sama perasaan nya dengan apa yang rasa di hati..
Yuhuuuuu.. finally .. today is my last class.. and now just need to prepare for final examination.. Amalan kebiasaan lepas habis kelas pasti akan ambil gambar sebagai kenang-kenangan.. Then ini hasilnya..hahahhaa...
Seronok sangat yang belakang bila sebut kelas tamat

berjubah hitam itu Lecturer....

Free style katanya..

Tak cukup ahli... 2 org lagi miss class



One day, all of us will get seperated from each other. We will miss our conversations of everything & nothing:the dreams that we had. Days will pass by, months, years, until this contact becomes rare.. One day our children will see our pictures and ask 'Who are these people?' and we will smile with invisible tears because a heart is touched with a strong word and you will say: "IT WAS THEM THAT I HAD THE BEST DAYS OF MY LIFE WITH."

Hasta La Vista

Saturday 9 August 2014

Ateh Pon Sayangkan Wawa Jugak..

Assalamualaikum guys..

Uishhh lama dah xupdate blog ni kan (even tak ada siapa nak baca).. Rasanya belum terlambat lagikan nak wish Happy Eid Mubarak kepada readers semua. Maaf Zahir & Batin. Kita kosong-kosong ya.. Macam mana sambutan raya anda semua ?? pasti meriahkan kan. Aku pulak alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Sejujurnya raya kali ni seperti ada sedikit kekurangan tapi entah lah sampai sekarang aku masih tak dapat jawapan apa yang kurangnya raya tahun ini berbanding raya tahun lepas. Nak kata adik-beradik aku tak balik.. semuanya ada walapon sepatutnya abg long aku xdapat balik tapi alhamdulilah diberi rezeki untuknya beraya pertama bersama kali walapun hari raya pertama tersebut jugak dia bergegas balik ke Kajang, Selangor. Tapi aku still rasa ada something yang xkena.. hurmmmm..

Berbalik kepada title kat atas tu. Ceritanya macam ni. Semalam duduk-duduk bersama mak, jiran-jiran dan cucu jiran (Wawa dan Nelly) sambil makan cempedak goreng dengan rambutan depan rumah. Rancak-rancak berborak isu hal semasa sedar tak sedar sudah nak mahgrib. Kalut lah semua nya nk balik kerumah masing-masing. Tengah-tengah semua orang bersiap nak balik ke rumah masing-masing.....................

Ehhhh..jap2 biar aku explain serba sedikit sapa Wawa dan Nelly ni. Wawa ni nama sebenarnya Nur Amelia Arriana. Berumur 6 tahun dan sekarang bersekolah tadika dan merangkap kakak kepada si Nelly ni. Memang sekarang korang tengah cari persamaan nama sebenarnya dengan nama panggilannya kan. Kenapa namanya penuh dengan nama panggilan nya jauh tersasar. Yang sebenarnya mereka berdua ni ada seorang abg yang baru berumur 8 tahun. Enta macam mana si abg ni gemar memanggil Nur Amelia Arriana ni dengan panggilan Wawa, so sampai sekarang lah kami menggelar Amelia ni dengan panggilan Wawa.. kadang-kadang aku panggil dia Wa Kapoow...

Yess, even dia just cucu jiran tapi hubungan aku dan keluarga dia memang rapat. Sejak dari kecil aku dan adik aku lah yang selalu jadi tetamu rumah atuk dan nenek dia. Boleh diibaratkan kami sudah menjadi keluarga angkat. Mama Wawa ni anak tunggal, jadi tiada siapa yang boleh mereka panggil dan jadikan mak dan ayah saudara. Jadi kami yang lima beradik ni (Adik beradik aku) lah yang menjadi Pak Long, Pak Ngah, Uda, Ateh (aku)  dan Acu mereka tiga beradik

Sambung balik cerita perenggan kedua tadi, Tengah-tengah semua orang bersiap nak balik ke rumah masing-masing si Nelly lalu dibelakang aku then aku pun cakap meh la sayang Ateh dulu. Tapi dia buat dek jek aku cakap macam tu. Tapi datang Wawa dan peluk aku dari belakang yg tengah duduk ni dan cakap "Wawa Sayang Ateh". perkataan tu terus masuk dalam jantung aku dan aku terasa seperti ikhlasnya apa yang Wawa cakap kan tu. Walapun aku tahu dia selalu cakap yang dia sayang aku tapi kali ni cukup lain sehinggakan aku terasa sangat ikhlas apa yang dicakapkan nya. Dan dalam hati aku menjawab "Ateh Sayangkan Wawa Juga".

Sesungguhnya aku dah anggap mereka 3 beradik saling xtumpah macam anak saudara kandung aku sendiri sebab mereka lah yang selalu menghiburkan kan kat sini bila aku sedang cuti sem. Yup kadang-kadang memang sakit hati dengan peragai mereka bertiga ni tapi mereka lah jugak yang memberikan aku kemanisan disetiap hari. Wawa memang dari kecil sangat rapat dengan aku sehinggakan kemana saja aku pergi untuk beli barang pasti akan aku bawa dia. tapi kini dia makin sibuk dengan sekolahnya menyebabkan aku dah jarang bawa dia kemana-mana. Aku selalu menyatakan impian aku untuk jadikan dia dan adiknya Nelly untuk jadi flower girl bila aku kahwin nanti..hahahahhaahaha.. dan ternyata mereka setuju.. Yesssss....


Hasta La Vista..
Ini lah adik-beradik Wawa. Dari kiri Aiman adha, Nelly Farhah dan
Nur Amelia Arriana

Cik Not (Nelly) yang memakai gaun bila aku kahwin
nanti katanya

Wawa vs Ateh...

Friday 25 July 2014

Terima Kasih Ya Allah

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulilah.. Pejam celik..pejam celik bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita. Cukup cepat masa berlalu kan... tup..tup dah nak raya.. Syukur masih diberi peluang untuk merasai nikmat raya Aidilfitri.. So macam mana persiapan anda semua.. Mesti meriahkan persiapan raya anda.. Baju berapa pasang? Hurmm aku tahun ni baju raya di sponser...hihihih.. Alhamdulilah. 24 Jun 2014 (Khamis) results peperiksaan akhir untuk Semester 4 keluar.. Uishhhh.. sebut je results keluar pasti ketaq lutut nk lihat results sendiri. Results aku keluar tepat jam 3.. Aku punya lah takut sampai sepanjang hari siang tu aku buat-buat lupa macam tak ada apa yang berlaku..hahahah..

Malamnya bila online FB ramai kawan-kawan seangkatan update status dapat results yang tak dijangka-jangka... Uishhhh lagi lah buat aku tak keruan.. Kawan aku whatsapps nak hulurkan bantuan untuk tengok results aku.. Almaklum lah.. aku ni kalau online comfirm menumpang wifi jiran sebelah..hahah...  Mula-mula aku online guna fon aku jek...tetibe plak ada 1 perasaan yang luar biasa menyebabkan aku nak tengok results aku sementara jiran aku tengah on wifi ni...

Then aku pun capai lah laptop cuba nasib nak masuk portal komuniti UUM.. Aku target mesti jammed punya sebab hari first results keluar..comfirm berpusu-pusu students masuk portal. Tapi Alhamdulilah  Allah permudahkan urusan aku .. Bila aku masukkan no kad matrik dan no ic terus masuk dalam portal..aku click sana click sini terus dapat tgok results ... dan.. jeng...jeng...jeng...

Time aku tengok results tu area dalam pukul 11 nak ke pukul 12 tengah malam.. So kalau aku menjerit nanti comfirm2 aku kena maki kan... So aku menjerit tanpa keluar suara... Seksa woooooooo.... Lepas je aku tengok keputusan aku kat skrin laptop tak ada kata lain yang aku ucap selain dari ALHAMDULILAH. TERIMA KASIH YA ALLAH. KAU MENDENGAR SETIAP HARI DOAKU.. DAN KAU MAKBULKAN DOAKU YA ALLAH...SYUKUR... keputusan yang sangat2 aku tak sangka.. sebab aku just target 3.4 something je sebab kali ni banyak paper yang aku tak yakin tapi alhamdulilah rezeki ramadhan aku dapat pointer 3.7 something..

Kat sini aku nak berkongsi pengalaman.. Sepanjang aku menunggu results aku sentiasa berdoa sewaktu menunggu waktu untuk berbuka puasa sebab aku pernah terbaca antara waktu yang sesuai untuk berdoa agar cepat dimakbulkan adakah sewaktu berbuka puasa atau sewaktu menunggu berbuka puasa ( Aku tak berapa pasti) then aku amalkan sepanjang bulan puasa ni dan aku juga buat seperti ayat di bawah dengan seikhlas hati . In Sha Allah ganjarannya berbaloi.

 Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya maka Malaikat akan berkata : “Dan engkau juga akan menerima sepertinya.” 

Terima Kasih Ya Allah ...

Hasta La Vista..

Monday 14 July 2014

He Know Better Than Me

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulilah..hari ini dah masuk hari yang ke-16 kita berpuasa. Moga dipanjangkan umur untuk menyambut lebaran pada tahun ini. In sha Allah.

Hari ni aku nak share something dengan korang semua.. Based on true story. Hiihihi... Aku taip cerita ini untuk entry dalam assignment subjek STID 1103 - COMPUTER APPLICATION IN MANAGEMENT yang memerlukan aku buat blog then create sebanyk 10 entry dalam bahasa omputih. Cerita yang aku nak bagi tahu korang ni menginsafkan aku yang Allah S.W.T lebih hebat perancangannya berbanding dengan aku hambanya yang hina ini.

*Entry ni dalam bahasa Inggeris.. mungkin ayatnya terabur sikit.. Mohon faham sendiri ya....hihihi

               My name is Noraida Binti Ishak. Here I would like to share something miracle happened in my life. After I saw my SPM (Malaysian Certificate of Education) results, I realise that I must continued my study, if I want to be a university's student. I choose to register my name as form sixth student at Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 16, Pahang. Why I choose to continued my study as form sixth student? My reason is simple, form sixth is my last choice. Even I feel very dissappointed because I have no chance to continued my study at university as diploma student, but i wish that one day I will going university as a degree' student.

              I am still remember that I always said to my friends, " I love so much watch paddy fields and one day I hope i will go over there". They just smile and said "one day you will go over there". On 2011, I took STPM (Malaysian Higher School Certificate) examination and Alhamdulilah (Thank God) my wish was granted.  Now I am university's student and I further my study in Bachelor in Communication with Honour. 


              Something miracle happend to me when I know where I will continued my study. Seriously I am surprised because I will going Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok,Kedah for 4 years to finish my study for get degree's scroll. Now, I have chance to see paddy fields for 4 years. Thanks Allah because made my wish became true. On 3th September 2012, I was registered as UUM student at Bank Muamalat Student Residential Hall and believe it or not I am still going register my name even I had a chicken pox. This is first time I came to Kedah and Universiti Utara Malaysia. It was very amazing place even I just saw forest surrounding UUM but it is suitable place for study. After I register my name, have some people that I do not know who ask me to sit down and wait my turn to take picture, even I do not know why they do that and I just smile when he said ready 1,2,3 click!(sound of camera when taking picture). After that, I got room's key and from here I know my roomate and now she is my best friend. Thank God, I got a room which is facing my ex classmate's room. Just because I had a chicken pox, I must went University Medical Center for got treatment. The doctor gave me 6 days for MC and I can't going university orientation session because of for make sure other people not contagious. Even I am happy because I am not join university orientation, but I felt alone, nobody can I talk and believe it or not, I am alone at student residential hall for 6 days.



Sometime I thought why I am far away from family, why I got this course because I apply human resources course and why I am here? Now I got the answer, because of I like management and He gave me suitable university, that it Universiti Utara Malaysia 'The Eminent Management University'. Before this I hope I can got human resources course but this course is not suitable for me but He replace it with communication course and I am here because of He fulfil my wish that I want saw paddy fields. Thank Allah.



Location: Perlis Indra Kayangan

Sebahagian dari coursemate aku.. (Teka mana 1 saya)...

Hasta La Vista...

Tuesday 8 July 2014

Special Thanks to...

Assalamualaikum...

Wahhhhhh... that my first impression bila aku bukak blog aku ni... totally different daripada blog aku yang dulu.. sangat cantik dan comel.. ishhh aku tak snap pulak blog aku sebelum ni. Kalau korang tengok comfirm korang pun akan setuju dengan aku.

Idea nak upgred blog ni bermula lepas aku tengok blog-blog orang lain... Fehhhhhh cantik dan cumell sangat. Then aku pun contact lah seorang kawan aku yang kaki blogging ni nak minta tolong dia ubah suai blog aku. Then dia pon setuju.. Aku apa lagi bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal lah.. terus aku kasi email dan password. Dan tak sampai 2 hari dia dah siap buat.. Wahh sangat profesional kan.. Aku punya lah bajet mungkin dalam seminggu dua ke.. Keesokkan harinya dia dah inbox kat FB kata dah siap...

Here, special thanks to my beloved friend Munirah Hayati Binti Yunus sebab sudi tolong ubahsuai blog Cik Aida menjadi blog yang baru dan cumell... Oh ya, ini link blog dia.. Rajin-rajin kan diri anda untuk klik link ni k....
http://manislolipop47.blogspot.com/



Peace Yo..


Hasta La Vista..

Ku Mencintaimu.....

Assalamualaikum...

Cinta.... apa tu cinta? Cinta ada banyak makna dan aku percaya setiap orang menilai makna cinta tu dengan cara yang berbeza-beza kan? Cinta tidak semestinya antara lelaki dan perempuan, tetapi cinta kepada Pencipta alam dan manusia serta cinta kepada kedua ibu dan ayah juga digelar sebagai cinta...

Cinta yang aku nak tulis dalam entry ni bukanlah cinta sesama manusia... tetapi aku jatuh cinta dengan sebuah lagu ni...hihihihih... Aku kasi klu ehh.. lirik nya macam ni...

Ku Mencintaimu Lebih Dari Apa Pun,
Meskipun Tiada Satu Orang Pun Yang Tahu,
Ku Mencintaimu Sedalam-dalam Hatiku,
Meskipun Engkau Hanya Kekasih Gelapku.......

Yup aku tahu lagu ni dah lama then sekarang pun dah memang tak popular lagi kan. Semua nya disebabkan 1 malam tu, aku belek-belek file music dalam henset aku then aku tertekan lagu ni (tertekan ok bukan sengaja nk dengar)... Tiba-tiba terus keluar lagu..

Ku Mencintaimu..bla..bla..bla... Ehhhehh... dan..dan pulak aku dengar lagu nih sampai habis... Lepas tu boleh pulak aku dengar banyak-banyak kali. Tujuan asalnya aku nak dengar lagu lain... Sudah sampai ke tido aku dengar lagu ni saja. unbelievable.. sampai sekarang aku dengar lagi. Ni ha tengah taip entry ni pon aku dengar lagi...

Aku paling suka minit yang ke 3.21... menusuk dalam hati yang dalam..hihi

Ku Mencintaimu Lebih Apapun
Meskipun Tiada Satu Orang Pun Yang Tahu
Ku Mencintaimu Sedalam-dalam Hatiku
Meskipun Engkau Hanya Kekasih Gelapku

Ku Tahu Ku Takkan Selalu Ada Untukmu
Disaat Engkau Merindukan Diriku
Ku Tahu Ku Takkan Bisa Memberikanmu
Waktu Yang Panjang Dalam Hidupku

Yakinlah Bahwa Engkau Adalah Cintaku
Yang Ku Cari Selama Ini Dalam Hidupku
Dan Hanya Padamu Ku Berikan Sisa Cintaku
Yang Panjang Dalam Hidupku

Ku Mencintaimu Lebih Apapun
Meskipun Tiada Satu Orang Pun Yang Tahu
Ku Mencintaimu Sedalam-dalam Hatiku
Meskipun Engkau Hanya Kekasih Gelapku.......



Hasta La Vista....

Monday 7 July 2014

I Will ....

ASSALAMUALAIKUM.....


Hiiiii oulsss..... uishhh dah lama tak update blog ni.. kalau ikut kan last date update hurmmmmm.....21 Nov 2013... ohhhh baru nak masuk 8 bulan... ehhhhh...ehhhh jap... 8 BULAN lamanya aku tak update blog nihh nak update pon kau dah lupa aida macam mana.. uhhhhhh.... Ehhhh bukan malas k just tak ada masa saja (Login FB kau ade masa lak kan).... hokey..hokeyyy U're rite.. Aku malas nak update.. kadang-kadang tu tak ada bahan yang nak dikongsikan that y lah aku xhupdate...
Tambah pulak dengan asaimen (assignment) yang macam gunung kinabalu tu.. lagi lahh menguatkan alasan aku lagi untuk tidak mengupdate blog ni.. Bukan setakat aku tak update... login blog ni pon aku jarang tapi sekali bukak nah kau... ramai jugak yg chatbox haku...

To All Chatters .. Saya akan......... melawat blog anda bila sya sudah kemas kini blog sya k.. tapi bukan dalam masa yang terdekat ini... almaklum lah sibuk berpuasa..hihihih............i give u my words... Good night to all my followers and thanked to all of u sbb sudi jadi follower blog yang huduh ni... 

Hasta La Vista....